BAB
I
PENDAHULUAN
1.
Latar Belakang
Allah S.W.T. sahajalah sebagai penetap hukum atau hakim mutlak yang menetapkan peraturan dan undang-undang yang lengkap kepada manusia. Penetapan hukum syarak bertujuan supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan mentadbir muka bumi ini dengan mendapat keredhaan Allah serta mendapat kebahagian dunia dan Akhirat.
Peraturan
atau undang-undang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan tentukan
kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T. yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak.
kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T. yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak.
Sumber-sumber perundangan Islam yang menjadi tempat pengambilan hukum syarak pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang tidak disepakati. Sumber yang disepakati atau yang dipersetujui oleh semua ulama tanpa sebarang pertikaian yaitu al-Quran, al-Sunnah, al-ijma’ dan al-qiyas. Manakala sumber yang tidak disepakati atau yang menjadi perselisihan dalam kalangan ulama iaitu al-istihsan, masalih al-mursalah, al-istishab dan sebagainya.
Kertas
kerja ini sedikit sebanyak akan menerangkan tentang salah satu daripada sumber
yang tidak disepakati oleh ulama iaitu al-istihsan. Al-istihsan walaupun
sebagai sumber yang tidak disepakati oleh ulama dan sebagai sumber sampingan
perundangan Islam, ia banyak memberi sumbangan kepada umat Islam terutamanya
dalam bidang jual beli.
BAB
II
PEMBAHASAN
AL-ISTIHSAN
A. Pengertian
Al-Istihsan
Al-Istihsan
dari sudut bahasa ialah menganggap sesuatu itu baik atau sesuatu yang disukai
oleh seseorang serta cenderung ke arahnya sekalipun dipandang buruk ( tidak
disukai ) oleh orang lain. (Hassan Ahmad 1998:300). Al-Istihsan dari segi
istilah juga dapat dibahagi kepada beberapa pandangan mengikut mazhab.
1) Menurut Mazhab Hanafi terdapat dua
pengertian (Hassan Ahmad 1998:299) iaitu :
a) Qiyas yang tersembunyi illahnya
kerana sukar untuk memahaminya dan berlaku di dalam keadaan berlawanan dengan
qiyas yang jelas illahnya kerana bersegeranya dan cepat untuk memahaminya pada
peringkat permulaan.
b) Dikecualikan masalah juz’iyyah
daripada konsep menyeluruh atau kaedah umum kerana ada dalil khusus yang
mengkehendaki pengecualian itu sama ada dalil khusus itu terdiri daripada nas,
darurah, urf, maslahah atau lainnya.
2) Menurut Mazhab Maliki al-istihsan
ialah :
Cenderung
untuk meninggalkan sesuatu dalil dan membolehkan dalil itu menyalahinya kerana
ada dalil lain yang bertentangan sebahagian daripada kehendak asal sesuatu
hukum. Iaitu berpaling di dalam menghukum sesuatu masalah daripada
masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri
dari Al-Quran atau Sunnah.
Rumusannya,
al-istihsan ialah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui qiyas
jaliyy kepada hukum yang dikeluarkan melalui qiyas khafiyy atau pengecualian
satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliyy kerana
terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat
demikian.
Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yang tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama. Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad. Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan.
Contohnya ialah pada masalah seseorang yang masuk bilik air dengan menjelaskan bayaran yang tertentu tetapi air dan masa tidak ditentukan kadarnya dan bayaran yang dikenakan adalah sama. Kaedah asalnya menyatakan tidak harus kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut. Ia akan merosakkan aqad. Namun demikian, ulama mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan dengan urf iaitu dengan melihat kepada sudah menjadi kebiasaan.
B.
Pembahagian Al-Istihsan
1. Al-Istihsan dengan Nas
Al-Istihsan
dengan nas bermaksud perkara pada setiap masalah yang menunjukkan hukum yang
bertentangan dan berbeza dengan kaedah yang ditetapkan yang mempunyai nas
daripada Allah SWT. (Abdul Latif Muda 1997 : 55 ). Dengan kata lain,
al-istihsan ialah suatu nas khusus daripada Allah SWT tentang sesuatu perkara.
Hukum asal perkara tersebut adalah ditegah dan tidak dibenarkan oleh syara’
tetapi diharuskan kerana terdapat nas daripada Allah SWT dan ia menjadi kaedah
umum.
Di
antara contohnya, jual beli secara bertempah ( bai’ al-salam ), ia merupakan
kegiatan jual beli sesuatu barang yang belum ada di tangan penjualnya. Qiyas pada
asalnya haram menjalankan kegiatan jual beli yang belum ada barang di tangan
penjual, kerana ia tidak sah di sisi syarak. Rasulullah s.a.w melarang jual
beli sesuatu barang yang tidak ada di tangan penjual ketika akad. Rasullah
s.a.w bersabda kepada Hakim bin Hazam.
"لا تبع ما ليس عندك"
“Jangan
engkau jual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau” (Riwayat Abu Daud)
Hadis
di atas menunjukkan bahawasanya Rasulullah s.a.w melarang kegiatan jual beli
sesuatu barang yang belum ada di tangan penjual tetapi jual salam ini
dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau hukum asalnya ini kerana ada nas
lain yang mengharuskannya iaitu melalui hadis bahawa Rasullah s.a.w datang ke
Madinah sedangkan penduduknya pada masa itu melaksanakan kegiatan jual salam
buah-buahan dalam masa setahun dan dua tahun kemudian baginda bersabda:
مَعْلُوْمٍ أجَلٍ إلى مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ كَيْلٍ فِيْ فَلْيُسْلِفْ شَيْءٍ فِيْ أَسْلَفَ مَنْ
“ Barang siapa yang berjual salam dikalangan kamu maka hendaklah dia berjual salam dengan sukatan yang jelas dan timbangannya yang diketahui sehingga tempoh yang jelas.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Contoh
yang kedua ialah seseorang yang berpuasa tidak akan batal ibadah puasanya dan
akan terus berkekalan hukum bagi seseorang itu untuk menyempurnakan ibadah
puasa tersebut, sekiranya seseorang itu makan atau minum secara tidak sengaja
disebabkan terlupa. Menurut qiyas iaitu kaedah umum dan hukum asalnya batal
puasa seseorang itu disebabkan tidak menahan diri daripada memasukkan sesuatu
ke dalam rongganya. Namum hukum itu dikecualikan daripada kehendak hukum asal
tersebut kerana ada nas hadis yang mengecualikan:
إذا أكل الصائم ناسيا أو شرب ناسيا فليتم صيامه فإنما أطعمه الله وسقاه
“Barang siapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa lalu dia
makan atau minum, maka hendaklah dia menyempunakan puasanya. Sesungguhnya Allah
memberi makan dan minum kepadanya”. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud
dan Ibnu Majah)
2. Al-Istihsan Dengan Ijmak
Al-Istihsan
dengan ijmak terhasil setelah semua mujtahid bersepakat tentang sesuatu masalah
yang berlawanan dengan kaedah umum pada masalah yang serupa dengannya. Para
mujtahid berdiam diri dan tidak mengingkari perkara tersebut pada hal ia
bertentangan dengan kaedah asal atau kaedah umum yang telah ditetapkan.
Contohnya
ialah tidak sah jual salam jika diqiyaskan dengan akad jual beli. Ini kerana
benda yang diakadkan belum wujud dan tiada semasa pelaksanaan akad berlangsung.
Oleh kerana jual salam adalah sesuatu yang baik dan menjadi satu keperluan
kepada masyarakat, maka ulama telah bersepakat bahawa hukum jual salam adalah
harus dan boleh diamalkan.
Contoh
yang kedua ialah pada masalah menggunakan bilik air awam yang dikenakan bayaran
yang sama. Namun air dan masa tidak ditentukan. Kaedah asal menyatakan bahawa
haram menggunakan bilik air tersebut kerana tidak diketahui kadar air yang
digunakan dan masa yang diperuntukkan untuk berada di dalam bilik air tersebut.
Namun demikian, mujtahid menggunakan kaedah al-istihsan iaitu dengan melihat
kepada sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya tanpa diingkari oleh
seorang dari kalangan mujtahid. Maka ia menunjukkan bahawa mereka bersepakat
bahawa menggunakan bilik air yang tidak sama kadar masa dan bayaran yang
dikenakan adalah tidak haram kerana meraikan keperluan orang ramai dan menolak
kesukaran dari mereka. Maka natijah hukum tersebut ialah harus untuk
menggunakan bilik air awam tersebut kerana melihat kepada al-istihsan.
3. Al-Istihsan Berdasarkan ‘Urf
Istihsan
berdasarkan ‘urf berlaku pada masalah yang menjadi amalan dan kebiasaan
masyarakat dan ia bertentangan dengan kaedah umum.
Contohnya,
menurut fiqh mazhab Hanafi, antara prinsip umum harta wakaf hendaklah
berkekalan dalam tempoh yang panjang. Berdasarkan prinsip ini, maka tidak harus
mewakafkan harta alih kerana ia cepat rosak. Sebaliknya, Imam Muhammad bin
Hassan daripada mazhab Hanafi mengharuskan wakaf harta alih kerana ia menjadi
kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya seperti buku-buku. Oleh itu ia
dibolehkan atas dasar istihsan yang menyalahi prinsip umum dan pegangan Imam
Abu Hanifah sendiri.
4. Al-Istihsan Berdasarkan Darurat
Iaitu
berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada sesuatu masalah kerana
terdapat darurat yang mengkehendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.
Ulama
menyatakan bahawa puasa seseorang tidak terbatal jika seseorang itu menelan
sesuatu yang sangat sukar untuk dihindari seperti tertelan debu dan asap.
Sekiranya perkara seperti itu masuk ke dalam rongga orang yang berpuasa,
puasanya masih sah dan tidak terbatal sedangkan mengikut hukum asal, sekiranya
rongga orang yang berpuasa dimasuki sesuatu yang tidak lazim baginya maka
terbatallah puasa tersebut. Ini kerana untuk mengelak daripada tertelan debu
dan asap adalah begitu sukar dan mustahil untuk dielakkan walaupun seseorang
itu sedaya upaya untuk menjauhinya. Oleh itu, puasa seseorang itu dikira
sebagai tidak terbatal kerana darurat tersebut.
Begitu
juga membersihkan perigi bernajis atau dimasuki oleh sesuatu yang bernajis.
Mengikut kaedah umum atau al-qiyas, perigi tersebut tidak akan bersih walaupun
ditimba sebahagian atau semua air dalamnya. Hal tersebut kerana, menimba
sebahagian air di dalamnya tidak memberi kesan atau tidak menyebabkan baki air
yang ada itu bersih. Begitu juga jika ditimba semua air pun tidak akan
membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi tersebut. Justeru
itu, air dalam perigi tersebut tidak akan bersih walaupun ditimba semua air
bernajis. Ini akan menyebabkan kesukaran dan kepayahan sekiranya perigi
tersebut menjadi sumber air utama kepada sesebuah masyarakat atau individu.
Oleh itu diharuskan mengambil air dari perigi tersebut kerana keperluan dan
darurat. (Abd. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997:123)
5. Al-Istihsan dengan Maslahah
Maksud
al-istihsan dengan maslahah ialah beralih daripada satu hukum pada satu-satu
masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana maslahah
yang tertentu. Contohnya, kerosakan yang dilakukan oleh pekerja perlu diganti.
Mengikut kaedah umum, pekerja adalah amanah, maka dengan itu penggantian itu
atas konsep menjaga kemaslahatan manusia.
Antara
contoh lain ialah mengikut prinsip umum, tidak harus diberikan zakat kepada
Bani Hashim kerana pada masa dahulu golongan tersebut mendapat habuan daripada
harta rampasan perang. Apabila sudah tidak ada lagi peperangan, mereka menjadi
golongan yang tidak mampu dan mesti dibantu dan diberi zakat. Maksud di sini
ialah pada dasarnya tidak dibolehkan memberi apa-apa mahupun berkenaan dengan
zakat kepada golongan ini tetapi sebaliknya Abu Hanifah mengharuskan memberi zakat
kepada mereka pada zaman beliau berdasarkan al-istihsan. Ini bermakna,
mana-mana perkara jika dilihat al-istihsan berasaskan maslahat adalah demi
menjaga kepentingan mereka serta kemaslahatan harta manusia daripada diabaikan.
Antara
prinsip yang ditetapkan dalam mazhab Hanafi ialah akad muzara’ah dengan mati
salah seorang daripada dua yang berakad atau mati kedua-duanya seperti yang
berlaku di dalam sewa menyewa, tetapi mereka mengecualikan daripadanya
sebahagian daripada masalah-masalah. Antaranya ialah apabila mati pemilik tanah
sedangkan tanamannya belum boleh diambil, mereka menghukum kekal akad padanya
kerana berdasarkan istihsan yang menyalahi prinsip umum untuk memelihara
kepentingan pekerja dan menolak kemudharatan daripadanya.
6. Al-Istihsan dengan Qiyas Al-Khaffiyy
Maksudnya
beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang sabit melalui qiyas
jaliyy kepada hukum yang lain yang diistiinbatkan melalui qiyas khafiyy. Qiyas
khaffiyy ialah qiyas yang kurang jelas ‘illahnya manakala qiyas jaliyy ialah
qiyas yang lebih jelas ‘illahnya. Apabila qiyas khaffiyy berhadapan dengan
qiyas jaliyy, qiyas khaffiyy ini dikira lebih kuat dari qiyas jaliyy bila ianya
mempunyai kesan yang lebih kuat dan lebih sahih pada dasarnya.
Menurut
istilah ulama Usul Fiqh, istihsan jenis ini ialah berpindah daripada
pengambilan al- qiyas jaliyy kepada qiyas khafiyy ataupun berpindah daripada
sesuatu hukum yang asal kepada hukum yang lain ekoran terdapat dalil yang
membolehkan para mujtahid bertindak sedemikian demi menjaga kemaslahatan umum.
Contohnya
ialah baki minuman yang diminum oleh burung liar seperti anak hering atau
helang. Mengikut qiyas jaliyy, baki air tersebut adalah najis kerana
dikategorikan sama seperti saki bekas minum binatang liar darat dengan alasan
yang sama iaitu kedua-dua jenis binatang tersebut najis dagingnya. Saki baki
minuman dikira berdasarkan daging yang darinya lahir air liur binatang
tersebut, maka semua binatang yang najis dagingnya baki minumnya juga adalah
najis. Dalil najisnya daging binatang tersebut ialah sama seperti dalil yang
mengharamkan memakannya. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada qiyas jaliyy ini
ialah baki minum burung liar adalah najis kerana dagingnya najis; sama seperti
binatang liar darat.
Namun
mengikut istihsan, iaitu dengan qiyas khaffiyy, baki daripada minuman
burung-burung tersebut adalah suci, sama seperti baki minuman manusia dengan
alasan bahawa air liur burung dan manusia tidak bercampur dengan air ketika air
tersebut diminum. Ini kerana burung minum menggunakan paruhnya yang merupakan
tulang keras yang suci dan tidak menyerap najis. Maka air yang terkena paruh
tersebut tidak menjadi najis.
Maka
‘illah yang jelas (zahir) dalam qiyas pertama (qiyas jaliyy) iaitu bercampurnya
air liur yang najis dengan air kerana ia menghirup air dengan lidahnya adalah
jelas tidak boleh dipakai dan rendah jika dibandingkan dengan qiyas yang kedua
(qiyas khaffiyy), kerana burung liar minum dengan paruhnya yang merupakan
tulang yang suci. Maka hukum baki minum burung liar adalah suci kerana air
liurnya tidak bercampur dengan air (Hasan bin Ahmad 2002 : 289 ).
C.
KEHUJAHAN ISTIHSAN
Ulama
berselisih pendapat tentang kehujahan al-istihsan. Sebahagian ulama menerima
istihsan sebagai hujah manakala sebahagian lagi tidak menerima istihsan sebagai
hujah.
1. Ulama yang Menolak
Imam
Syafi`ie dan ulama Syafie serta sebahagian ulama Hanbali menolak berhujah
dengan al-istihsan, dan ia tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk
mengeluarkan sesuatu hukum. Mereka menolak al-istihsan sebagai hujah
berdasarkan ayat al-Quran yang bebunyi:
“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah yakni
Al-Quran dan Sunnah rasul-Nya”. (Surah al-Nisa 4 : 59 )
Istihsan bukanlah sebahagian daripada al-Quran atau Hadis dan tidak ada sebarang dalil yang menunjukkan ia diterima sebagai hujjah. Oleh itu, menggunakan istihsan sebagai dalil bererti mengeluarkan hukum yang berlawanan dengan hukum al-Quran dan Hadis.
Sekiranya
mujtahid boleh mengeluarkan hukum yang tiada nas dalam al-Quran dan Hadis
berdasarkan setiap yang dikira baik pada akal mereka, maka sudah tentu orang
awam juga boleh berbuat begitu, sedangkan ijmak ulama’ menyatakan bahawa orang
awam tidak harus berbuat begitu. Selain itu, Imam Syafi`e berpendapat bahawa
berhujjah dengan al-Istihsan bererti menetapkan hukum berdasarkan nafsu dan
fikiran, sedangkan yang berhak membuat hukum hanyalah Allah sahaja.
2. Ulama yang Menerima
Ulama mazhab Hanafi, Imam Malik dan
sebahagian ulama mazhab Hanbali menerima konsep berhujjah dengan al-istihsan
dan menggunakannya sebagai dalil hukum. Antara hujah mereka ialah;
a. Sabda Nabi S.A.W,
“Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia
adalah baik di sisi Allah. Dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu
buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah”. (Riwayat al-Bukhari)
Nas
ini menunjukkan bahawa setiap yang baik pada umat manusia adalah baik di sisi
Allah. Dasar penggunaan al-istihsan sebagai hujah adalah bertujuan untuk
memelihara kemaslahatan atau kebaikan orang Islam. Oleh yang demikian, dengan
merujuk kepada dalil hadith ini dan tujuan al-istihsan itu sendiri, maka boleh
disimpulkan istihsan boleh digunakan sebagai hujah.
b. Dalil Ijma’
Antara
contoh penggunaan al-istihsan berasaskan ijmak ialah tidak sah jual salam jika
diqiyaskan dengan jual beli, ini adalah kerana benda yang diakadkan belum wujud
lagi ketika akad berlaku dalam kontrak. Oleh kerana jual salam adalah baik dan
perlu dalam masyarakat, maka ulama mengira baik dan harus hukumnya berdasarkan
konsep al-istihsan.
c. Dalil akal
Antara alasan lain yang diberikan
oleh golongan yang menerima al-istihsan sebagai hujah adalah seperti berikut :
1) Penerimaan al-istihsan sebagai hujah
adalah bertujuan untuk menolak kepayahan dengan mewujudkan kemaslahatan dan ini
adalah selari dengan matlamat syarak.
2) Sabitnya al-istihsan adalah
bergantung pada dalil-dalil yang disepakati iaitu dengan nas atau ijmak atau
darurah atau qiyas khaffiyy atau ‘uruf atau maslahah seperti mana yang
dibincangkan terlebih dahulu sebelum ini dan setiap daripadanya memerlukan
pentarjihan qiyas khafiyy terhadap qiyas jaliyy dan pengasingan antara hukum
yang juziyy daripada hukum yang kulliyy.
BAB
III
PENUTUP
A. KESIMPULAN
Apabila
dikaji dan diteliti pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi
dan Mazhab Maliki, penggunaan al-istihsan menurut pendapat mereka bukanlah
dengan berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Justeru itu, penggunaan
al-istihsan ini menurut mereka adalah berdasarkan dalil-dalil syarak juga.
Apabila diteliti pengertian al-istihsan menurut Imam Syafi`i pula adalah
berlainan dengan pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi dan
Mazhab Maliki iaitu Imam Syafi`i menggambarkan penggunaan al-istihsan dengan
berpandukan akal semata-mata tanpa dalil syarak, sebab itulah beliau menolak
berhujah dengannya.
Dari
situ dapatlah dirumuskan di sini bahawa perselisihan yang berlaku antara
mazhab-mazhab mengenai kehujahan al-istihsan merupakan perselisihan dari segi
lafaz sahaja. Hal itu terjadi disebabkan tidak sama pengertian yang mereka
berikan. Sebenarnya antara mereka tidak ada perselisihan kerana matlamat mereka
adalah satu iaitu membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan membawa
kebenaran serta berhati-hati atau teliti dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
B.
SARAN
Penulis menyadari bahwa dalam
penulisan makalah ini banyak terdapat kekurangan dan jauh dari kesempurnaan,
untuk itu penulis mengharapkan kritikan yang bersifat konstruktif demi
kesempurnaan makalah ini dimasa yang akan datang.
0 komentar:
Posting Komentar